MENEPATI MASA, INTEGRITI, ISTIQAMAH

Friday 6 January 2017

FROG VLE DI BAWAH PROJEK 1BESTARINET

PENGENALAN FROGVLE


Di Malaysia, Frog VLE boleh diakses oleh semua 10, 000 sekolah di seluruh negara melalui Projek 1BestariNet. Direka oleh Frog Education, ia merupakan persekitaran pembelajaran maya berasaskan awan yang boleh meringkaskan dan memudahkan pengajaran dan pembelajaran, komunikasi dan pentadbiran. Dengan pengalaman selama hampir 15 tahun dan pelbagai anugerah, Frog VLE bukan sahaja digunakan di Malaysia, malah ia juga digunakan oleh 20 juta pengguna di lebih 12, 000 sekolah di 23 buah negara di seluruh dunia, dalam kalangan komuniti pengajar dan pelajar.

1. Guru
Guru boleh menggunakan Frog VLE untuk mengajar, memberikan tugasan, dan memantau pencapaian para pelajar secara maya. Pentadbir sekolah pula boleh mengurus kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Frog VLE.

2. Pelajar
Pelajar boleh mengakses Frog VLE untuk mendapatkan bahan untuk pembelajaran dan ulangkaji di mana jua tanpa mengira masa. Mereka juga boleh menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru mereka disamping berkolaborasi untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

3. Ibu bapa

Melalui Frog VLE, ibu bapa yang bekerja sentiasa dapat mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah anak-anak mereka menerusi papan kenyataan sekolah. Selain itu, mereka juga boleh mengikuti perkembangan akademik anak-anak mereka.


FROGASIA DAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Malaysia memandang jauh ke masa hadapan. Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21, Sistem Pendidikan Malaysia sekarang menyasarkan untuk mencapai objektif-objektif yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025. Melalui projek 1BestariNet, sasaran FrogAsia bertumpu ke arah akses sama rata, menaik taraf kualiti dan menambah rakan kerjasama .

Memberikan peluang yang sama rata kepada pendidikan berkualiti yang bertaraf antarabangsa

Melalui Frog VLE, kami merapatkan jurang digital untuk membolehkan para guru dan pelajar mengakses pengetahuan dan pembelajaran yang berkualiti.


Memperkaya ICT untuk memperluaskan pembelajaran yang berkualiti di seluruh Malaysia

Dengan menyediakan sokongan dan latihan integrasi di sekolah-sekolah, kami mencipta persekitaran yang menyemarakkan semangat guru dan pelajar untuk menjana keberhasilan pengajaran dan pembelajaran dengan teknologi.

Bekerjasama dengan ibu, bapa, komuniti, dan sektor swasta

Kami menghargai kerjasama yang terbina dengan semua guru, pendidik, kawan, dan rakan kerjasama dalam bidang pendidikan. Melalui inisiatif ini, kami berhubung dengan pihak yang tepat dan bersama membina momentum untuk membawa perubahan ke dalam bilik darjah.

**Maklumat lanjut, sila layari https://frogasia.com/ms/frogvle**

0 comments:

Post a Comment